Israel terus halang penyaluran bantuan kepada penduduk Gaza – PBB

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa pihak berkuasa Israel telah menolak 11 daripada 18 permintaan koordinasi kemanusiaan yang dikemukakan di Semenanjung Gaza, sekali gus menambahkan lagi kesukaran terhadap misi bantuan kepada lebih dua juta penduduk yang terjejas.

Jurucakap PBB, Farhan Haq dalam sidang akhbar pada Selasa berkata, permintaan yang ditolak termasuk usaha untuk menghantar bekalan air, mengambil semula bekalan bahan api, menjalankan misi menyelamat di Khan Younis serta kerja-kerja pembaikan jalan raya.

“Masih banyak pergerakan kemanusiaan di dalam Semenanjung Gaza yang dinafikan oleh pihak berkuasa Israel, sekali gus menghalang penyampaian perkhidmatan asas kepada penduduk,” katanya, lapor Anadolu.

Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA), penduduk di Gaza terus dinafikan keperluan asas termasuk makanan, air dan ubat-ubatan, sementara operasi ketenteraan Israel terus berjalan tanpa henti.

“Di Gaza utara, operasi ketenteraan telah meningkat dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan laporan mengenai jumlah korban yang tinggi. Malah, penduduk yang kelaparan dan kehilangan tempat tinggal turut dilaporkan terbunuh ketika cuba mendapatkan makanan di kawasan pengagihan yang dikawal tentera,” jelas Farhan.

Sejak 27 Mei lalu, Israel melancarkan satu inisiatif bantuan baharu di Gaza melalui “Yayasan Bantuan Gaza”, yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Israel sendiri, namun inisiatif ini dilihat sebagai usaha untuk mengalihkan penduduk secara paksa dari utara ke selatan Gaza, menurut laporan agensi bantuan.

Sementara itu, sempadan utama Gaza terus ditutup sejak 2 Mac lalu, dengan hanya sejumlah kecil trak bantuan dibenarkan masuk. Kawasan itu dianggarkan memerlukan sekurang-kurangnya 500 trak bantuan setiap hari untuk memenuhi keperluan asas penduduk.

Sejak Oktober 2023, tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza yang telah meragut hampir 55,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Israel turut menolak desakan antarabangsa bagi menghentikan serangan tersebut.

Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) susulan tindakannya dalam konflik berterusan di wilayah itu.

Related Posts

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

JEDDAH – Program Pengalaman Jemaah Arab Saudi mencatatkan pencapaian utama dalam meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah dan penziarah pada 2025, dengan menyambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji