Projek fasiliti sukan Sri Aman dipantau, pastikan siap ikut jadual

SRI AMAN – Usaha mempercepat pelaksanaan projek pembangunan fasiliti sukan di Sri Aman terus dipergiat menerusi Mesyuarat Koordinasi dan Pemantauan Projek Fizikal Kemudahan Fasiliti Sosial di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (MYSED) pada Selasa.

Mesyuarat berkenaan dianjurkan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman bagi menyelaras serta memantau perkembangan beberapa projek utama termasuk cadangan pembinaan bangunan dan fasiliti sukan di Kompleks Sukan Sri Aman, Dewan Suarah baharu, penambahbaikan kolam renang lama, Kompleks Sukan Lingga dan Mini Stadium Engkilili.

Antara agensi yang terlibat ialah MYSED, Jabatan Kerja Raya Bahagian Sri Aman, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak serta beberapa agensi berkaitan lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden berkata, fasiliti sukan seperti gelanggang futsal, padang bola sepak, gelanggang petanque, gelanggang tenis, pusat latihan tinju dan asrama atlet amat diperlukan masyarakat setempat khususnya golongan belia.

“Kita mahu semua projek ini disegerakan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat secepat mungkin. Justeru, sebarang isu teknikal atau kelewatan perlu ditangani segera menerusi kerjasama semua pihak,” katanya.

Pada masa yang sama, Francis turut mengetuai lawatan bersama-sama MYSED ke kolam renang Sri Aman yang sudah lama tidak beroperasi bagi meninjau keadaan sebenar dan keperluan penyelenggaraan fasiliti berkenaan.

Mesyuarat susulan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan dan penyelenggaraan projek berjalan lancar demi keselesaan penduduk sekitar Sri Aman.

Turut hadir Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.

Related Posts

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

TENOM – Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) perlu diteruskan hingga ke peringkat kampung bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sekali gus memupuk rasa cinta dan bangga terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KOTA KINABALU – Parti Warisan (Warisan) menafikan dakwaan keluar daripada Kerajaan Perpaduan susulan tular kenyataan media berhubung perkara berkenaan hari ini. Setiausaha Agungnya, Datuk Loretto Padua berkata, kenyataan media yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta