Naik taraf Masjid Al-Jami’ul Badawi perlu ikut tadbir urus baik

KEPALA BATAS – Proses menaik taraf Masjid Al-Jami’ul Badawi, Permatang Bertam, perlu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur ditetapkan dan tadbir urus baik bagi memastikan kelancaran projek serta menyelesaikan isu-isu berkaitan, terutamanya berhubung status tanah wakaf masjid.

Hal ini ditekankan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abd Hamid dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau. Mesyuarat turut disertai lawatan tapak untuk meneliti kawasan yang akan dinaik taraf.

Masjid Al-Jami’ul Badawi bukan sahaja mercu tanda kariah Permatang Bertam, tetapi juga mempunyai nilai sejarah penting sebagai lokasi penubuhan Sekolah Daeratul Maa’rifil Wataniah (DMW) oleh Syeikh Abdullah Fahim pada tahun 1926 menurut ADUN Batu Maung itu melalui paparan di Facebooknya.

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang itu juga, penaiktarafan masjid ini bukan sekadar melibatkan aspek teknikal pembinaan dan pembiayaan, tetapi juga memerlukan perbincangan terperinci berkaitan hukum syarak, khususnya isu tanah wakaf yang telah lama menjadi tumpuan.

“Untuk memastikan kelancaran projek ini, semua agensi dan pemegang taruh berkaitan perlu bekerjasama supaya penaiktarafan dapat dilaksanakan dengan telus dan tidak menimbulkan sebarang isu pada masa depan,” katanya.

Selain itu, Mohamad yang juga anak kelahiran kampung ini berjanji akan berusaha memastikan projek penaiktarafan masjid diselesaikan dengan jayanya demi manfaat kariah setempat.

Turut hadir dalam mesyuarat dan lawatan tapak tersebut ialah delegasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang diketuai Pengarahnya, Marzuki Hassan; pasukan Pejabat Daerah Seberang Perai Utara di bawah Pegawai Daerah, Hafiz Aswad; Jabatan Kerja Raya Daerah Seberang Perai Utara; Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang; serta Jawatankuasa Kariah Masjid Jami’ul Badawi yang diketuai Datuk Shariful Azhar Othman.

Projek penaiktarafan ini dijangka memberi nafas baharu kepada masjid bersejarah ini, sekaligus memelihara warisan keagamaan dan budaya yang telah bertahan selama hampir satu abad.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai