TYT Sarawak, isteri zahir takziah tragedi bas UPSI

KUCHING – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak pada awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Astana Negeri Sarawak pada Isnin, TYT dan Toh Puan menyifatkan kejadian yang meragut 15 nyawa itu sebagai satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah kepada dunia pendidikan tinggi negara.

“Kami mendoakan agar roh para pelajar yang terkorban ditempatkan dalam kalangan solihin dan syuhada, serta ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini,” kata beliau.

Beliau dan isteri turut mendoakan agar pelajar yang cedera diberikan kesembuhan segera dan kembali pulih seperti sediakala.

Pada masa yang sama, mereka merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, pengurusan UPSI, pasukan penyelamat serta semua agensi terlibat yang bertungkus-lumus menyalurkan bantuan menyeluruh kepada semua mangsa dan keluarga, termasuk dalam aspek perubatan, psikososial dan kebajikan.

Beliau turut menyeru agar aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan dalam setiap aktiviti melibatkan pelajar dan institusi pengajian tinggi bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.

“Semoga segala urusan dipermudahkan dan semua pihak yang terkesan diberikan sokongan yang sewajarnya dalam tempoh mencabar ini,” katanya.

Related Posts

Operasi bersepadu tahan 12 kontena ayam sejuk beku di Pelabuhan Sepanggar

SEPANGGAR – Sebanyak 12 kontena ayam sejuk beku yang disyaki dibawa masuk secara tidak sah ke Sabah telah ditahan dalam satu operasi bersepadu di Pelabuhan Sepanggar. Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak wajar isu Orang Asli Sungai Cot jadi bahan politik

KUANTAN – UMNO Pahang berpandangan isu membabitkan masyarakat Orang Asli tidak wajar dipolitikkan atau dimanipulasi bagi meraih perhatian serta keuntungan politik. Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi bersepadu tahan 12 kontena ayam sejuk beku di Pelabuhan Sepanggar

Operasi bersepadu tahan 12 kontena ayam sejuk beku di Pelabuhan Sepanggar

Negeri Sembilan perlukan kesinambungan demi pertumbuhan ekonomi – Jufitri

Negeri Sembilan perlukan kesinambungan demi pertumbuhan ekonomi – Jufitri

Tidak wajar isu Orang Asli Sungai Cot jadi bahan politik

Tidak wajar isu Orang Asli Sungai Cot jadi bahan politik

Kenny tolak tuduhan kecewa tidak dicalon, ikrar bantu jentera PH di DUN Chuah

Kenny tolak tuduhan kecewa tidak dicalon, ikrar bantu jentera PH di DUN Chuah

Lelaki ceroboh landasan punca gangguan sementara LRT3 Shah Alam

Lelaki ceroboh landasan punca gangguan sementara LRT3 Shah Alam

Tujuh nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Tanjung Kidurong

Tujuh nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Tanjung Kidurong