Kedaulatan undang-undang diutamakan, bukan desakan bermotif politik – AMK

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menzahirkan komitmen penuh terhadap prinsip kedaulatan undang-undang serta menegaskan bahawa tiada sesiapa yang terkecuali daripada menjalani proses keadilan yang adil dan saksama.

Naib Ketua AMK, Nabil Halimi, memuji keberanian dan ketelusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersedia untuk melalui proses perundangan secara terbuka, sejajar dengan prinsip akauntabiliti dan ketelusan yang menjadi teras kepada agenda reformasi kerajaan.

“AMK yakin bahawa institusi kehakiman di negara ini akan menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh adil dan bebas tanpa sebarang campur tangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

AMK turut menyelar cadangan Dewan Pemuda Pas yang mencadangkan agar Perdana Menteri mengambil cuti sementara.

Menurut AMK, cadangan itu tidak berasas serta mencerminkan ketidakmatangan politik.

Sebaliknya, Anwar harus terus melaksanakan tanggungjawab demi memastikan kestabilan pentadbiran negara, mengukuhkan keyakinan pelabur, dan memacu pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat.

“Gesaan seperti ini hanya mengganggu fokus kerajaan dalam melaksanakan mandat rakyat,” tambah kenyataan itu.

Pada masa yang sama, AMK menegaskan kepentingan pemisahan kuasa antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman sebagai asas utama sistem demokrasi.

Mereka menolak sebarang tanggapan wujudnya campur tangan kuasa eksekutif dalam sistem perundangan negara, dan menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ini demi menjaga keharmonian serta kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

“AMK akan terus berdiri teguh bersama Perdana Menteri dan kerajaan dalam usaha memelihara integriti pentadbiran, meneruskan agenda reformasi, serta memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” ujar Nabil.

Beliau turut menyeru generasi muda untuk terus mendukung usaha pembaharuan negara dan menolak segala usaha yang boleh menggugat kestabilan serta masa depan Malaysia.

Pemuda PN sebelum ini menggesa Anwar mengambil cuti sementara berikutan tindakan saman sivil yang difailkan terhadap beliau oleh Yusoff Rawther.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, langkah tersebut penting bagi membolehkan proses perbicaraan di mahkamah berlangsung dengan adil, telus dan saksama, tanpa sebarang campur tangan daripada pihak eksekutif.

Tambahnya, kes ini bukan sekadar melibatkan aspek perundangan, tetapi turut memberi impak besar terhadap maruah dan reputasi seorang Perdana Menteri di mata rakyat Malaysia.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff