Tiada kelulusan bina kuil di atas tanah milik kerajaan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembinaan kuil baharu di atas tanah kerajaan bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang.

Ketetapan itu dibuat selaras dengan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak Bilangan 3/2025, yang menjadi panduan kepada pentadbir tanah dalam mengurus, melupus dan menguatkuasakan peraturan berkaitan rumah ibadat dan tapak perkuburan Hindu di negeri ini.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri, A. Sivanesan berkata, pekeliling tersebut menjadikan Perak sebagai negeri terawal yang menggubal dasar khusus berkaitan pengurusan rumah ibadat Hindu secara lebih tersusun dan sistematik.

“Jika pentadbir kuil ingin membina kuil baharu, mereka perlu membeli tanah sendiri dan mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kerajaan Negeri tidak akan campur tangan dalam urusan tersebut. Namun, jika pembinaan dilakukan di atas tanah kerajaan, tindakan tegas akan diambil serta-merta oleh PBT.

“Sekiranya kuil masih dalam pembinaan, ia akan dirobohkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Hindu Negeri di Bangunan Sri Perak, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Sivanesan memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 18 aduan rasmi berhubung pembinaan kuil di atas tanah kerajaan tanpa kelulusan yang sah, kebanyakannya melibatkan kawasan Ipoh dan Kerian.

“Setakat ini, terdapat kira-kira 480 buah kuil berdaftar di seluruh negeri.

“Kita juga menerima pelbagai aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), dan kira-kira 60 peratus daripada isu berbangkit telah diselesaikan secara rundingan.

“Sekiranya tapak kuil boleh dipindahkan, kita akan bantu uruskan pemindahan,” jelasnya lagi.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha