Isu MyKiosk jadi tumpuan mesyuarat penuh MBK

KUANTAN – Kesesuaian tapak dan kelonggaran memasak kepada peniaga yang mengendalikan MyKiosk antara dibangkitkan ADUN Semambu, Chan Chun Kuang ketika mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Datuk Bandar baharu, Datuk Zaliza Zulkifli dan dihadiri semua ahli majlis MBK.

Chun Kuang menerusi hantaran di Facebook miliknya berkata, perlu semakan semula dari segi kesesuaian tapak selain kelonggaran untuk memasak di unit MyKiosk yang disediakan MBK.

“Langkah ini adalah untuk menjamin sumber pendapatan para penjaja.

“Begitu juga dengan pemilihan lokasi, sebagai contoh di Taman Impianku, dekat Jalan Sungai Lembing, terlalu banyak unit MyKiosk di situ hingga menjadikan kawasan penjaja sempit dan padat.

“Jadi, pemilihan lokasi sesuai juga perlu diberi perhatian pihak MBK dalam menempatkan MyKiosk ini,” katanya.

Beliau turut memuji pendekatan Zaliza yang mengundang wakil rakyat menyertai mesyuarat penuh MBK dan ia dilihat sebagai satu sikap terbuka yang sangat baik demi memahami keperluan masyarakat setempat.

“Ini satu langkah baik ke arah keterlibatan bersama demi kebaikan warga Kuantan, agar isu rakyat dapat disuarakan terus di peringkat pentadbiran bandar raya.

“Saya juga bersetuju dan menyokong sepenuhnya fokus Datuk Bandar terhadap keutamaan infrastruktur asas seperti jalan, longkang dan pencahayaan sebagai langkah ke arah merealisasikan visi Smart City Kuantan,” tambahnya lagi.

Chun Kuang dalam pada itu berharap pihak MBK dapat memberi perhatian kepada aspek pencahayaan di kawasan Indera Mahkota 1 dan Lorong Kampung Padang yang setakat ini belum memiliki kemudahan lampu jalan.

Katanya, isu ini dibangkitkan susulan aduan penduduk di situ yang bimbangkan tahap keselamatan mereka apabila menggunakan laluan berkenaan.

“Saya harap perkara ini diberi perhatian dan pertimbangan oleh pihak MBK dalam kadar segera,” katanya.

Related Posts

KPDN perluas Program Pasar Patuh, Pasar Komuniti Stutong jadi model pematuhan

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mula memperluaskan Program Pasar Patuh (3P) secara berperingkat ke daerah-daerah utama di seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu tuan rumah MQNKSS Peringkat Sarawak 2026, cungkil bakat kesenian Islam pelajar Sarawak

SIBU – Tanggungjawab besar kini digalas oleh Sibu apabila dipilih sebagai tuan rumah untuk menghimpunkan bakat anak muda dari seluruh Sarawak dalam bidang kesenian Islam.  Acara Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mandat Kerajaan Perpaduan penting demi masa depan Negeri Sembilan – Anwar

Mandat Kerajaan Perpaduan penting demi masa depan Negeri Sembilan – Anwar

Projek balak, tanah mana yang Tok Min ‘sauk’ sampai dijatuhkan – Anwar

Projek balak, tanah mana yang Tok Min ‘sauk’ sampai dijatuhkan – Anwar

Kasih kepada rakyat, amanah untuk negara: Mesej politik kemanusiaan PMX

Kasih kepada rakyat, amanah untuk negara: Mesej politik kemanusiaan PMX

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan keluar mengundi pada PRN