Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak bersetuju dengan keputusan besar kerajaan.

Pemerhati politik, Ahmad Mursi berkata, keputusan Anthony itu memberi gambaran bahawa peletakan jawatan boleh menjadi salah satu bentuk pendirian politik apabila sesuatu keputusan dilihat bercanggah dengan prinsip seseorang menteri atau parti.

Menurutnya, DAP bagaimanapun tidak mengambil keputusan untuk keluar daripada kerajaan, manakala menteri lain daripada parti itu juga kekal dalam Kabinet.

“Loke pilih jawatan dia sendiri. DAP tidak keluar kerajaan. Menteri DAP lain pun kekal. Tapi Loke kata beliau sendiri akan berundur sebagai respons parti terhadap keputusan tersebut.

“Sebab itu orang mula teringat Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad berkata, ketika isu cabutan khas nombor ramalan pada zaman pentadbiran terdahulu, Pas beberapa kali menyatakan parti itu tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Beliau merujuk kenyataan Setiausaha Agung Pas ketika itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa perkara tersebut tidak pernah dibawa untuk keputusan Kabinet dan wakil Pas dikatakan telah menyatakan bantahan selepas mengetahuinya.

“Baik. Tapi masa itu menteri Pas tetap menteri dalam Kabinet.

“Tak ada seorang pun sampai tahap berkata, ‘Kalau ini bercanggah dengan pendirian kami, saya lepaskan jawatan’,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, pendekatan UMNO dalam kerajaan juga berbeza apabila parti berkenaan sebelum ini lantang mengkritik rakan dalam kerajaan.

Beliau merujuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar pihak yang mengkritik supaya mengeluarkan UMNO daripada kerajaan dan mengemukakan undi tidak percaya.

Pada masa sama, katanya, Zahid turut menegaskan UMNO akan terus bersama kerajaan sehingga tamat penggal.

“Jadi tiga gaya berbeza sedang terpampang depan mata.

“Ada yang tidak setuju lalu menawarkan jawatan. Ada yang kata mereka bantah, tetapi terus berada dalam Kabinet.

“Ada pula yang bergaduh dan mencabar orang lain supaya keluarkan mereka, tetapi sendiri masih mahu kekal,” katanya.

Menurut Ahmad, tindakan Anthony Loke sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa seseorang menteri mempunyai pilihan untuk meletakkan jawatan sekiranya sesuatu keputusan menyentuh prinsip politiknya.

“Kalau bantahan itu sampai menyentuh prinsip politik seseorang menteri, jawatan memang salah satu benda yang boleh diletakkan atas meja.

“Bukan sekadar mikrofon,” katanya.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan