Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli.

Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, tindakan tegas kerajaan Pahang itu adalah wajar meskipun operasi baru-baru ini mencetuskan kekecohan.

Beliau menyifatkan dakwaan kerajaan negeri kejam dan zalim sebagai tidak berasas kerana penguatkuasaan dilaksanakan berlandaskan undang-undang.

“Sudah berpuluh tahun mereka mengaut hasil tanpa membayar cukai kepada kerajaan, kenapa bila diambil tindakan mereka harus mengamuk sakan?” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebelum ini, polis menahan lima individu termasuk empat wanita berusia 30 hingga 60-an pada 15 September lalu kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Operasi pada jam 10 pagi itu membabitkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera serta Pasukan Gerakan Am mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Ketua UPNP, Saifullah Muhammad Ali pada Jumaat mendedahkan lebih 7,000 hektar Hutan Simpan Kekal Tasik Bera yang digazetkan di bawah Konvensyen Ramsar UNESCO diteroka secara haram dengan tanaman sawit, getah dan tanaman kontan.

Mohd Shukri menegaskan, masyarakat Orang Asli tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghalang tindakan penguatkuasaan.

“Orang Asli dijadikan senjata untuk meraih simpati kononnya mereka dianiaya.

“Jika kerajaan zalim, sudah lama mereka tidak boleh mengaut hasil sedemikian rupa,” katanya.

Related Posts

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

SANDAKAN – Kejadian tanah runtuh sepanjang kira-kira 150 meter menyebabkan Jalan Sim-Sim berhampiran Tokong Cina Pau Kung, di sini, ditutup atas faktor keselamatan pada malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan