Kerajaan setuju pinda peraturan baharu kelonggaran LPG untuk peniaga kecil

PUTRAJAYA – Mesyuarat Kabinet bersetuju agar syarikat dan perniagaan makanan serta minuman mikro dibenar terus menggunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi biarpun tanpa Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, polisi tersebut diizinkan sehingga pindaan baharu kepada Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan 2021) dimuktamadkan yang dijangka akan dilaksana Oktober depan.

“Mesyuarat Kabinet hari ini sudah bersetuju dengan syor KPDN supaya peraturan ini (Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan 2021) itu dipinda.

“Pindaan ini dijangka dapat kita muktamadkan sebaik saja Ops Gasak selesai pada 31 Oktober 2025. Jadi peniaga makanan dan minuman boleh terus guna tong gas LPG ini sehingga pindaan peraturan baharu dimuktamadkan nanti,” katanya pada sidang media di Kementerian Komunikasi, pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Mengulas lanjut, beliau berkata, syor itu dibuat kementeriannya supaya dilaksanakan pindaan ke atas PPKB (Pindaan) 2021 yang sebelum ini sudah diluluskan oleh pentadbiran kerajaan lalu dan sudah berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021.

“PPKB (Pindaan) 2021 itu menetapkan sekatan had kepada peniaga bagi pemilikan dan penggunaan LPG melebihi 42 kilogram pada satu-satu masa yang memerlukan kepada PBKB,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan memaklumkan, dasar kepada pindaan yang akan dilaksana nanti turut mengambil kira keperluan peniaga jualan makanan dan minuman berskala mikro dan kecil secara bersasar.

Jelasnya, sesi libat urus dengan pelbagai pihak akan dilaksanakan bagi mengumpul pandangan, sekali gus bertujuan mewujudkan kejelasan undang-undang untuk memastikan keberkesanan pematuhan dan penguatkuasaannya kelak.

“Jemaah Menteri juga bersetuju dengan syor supaya semakan dan pindaan kepada PPKB (Pindaan) 2021 ini diselaraskan oleh Jawatankuasa Teknikal dipengerusikan Ketua Setiausaha (KSU) KPDN.

“Ia turut melibatkan kementerian dan agensi berkaitan selain mendapatkan syor dan pandangan daripada pelbagai pemegang taruh.

“Ops Gasak akan diteruskan untuk membendung aktiviti haram iaitu pemindahan gas dari tong bersubsidi kepada tidak bersubsidi selain penggunaannya oleh industri,” katanya.

Related Posts

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

IPOH – Misteri kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah sejak 23 Mei lalu, akhirnya terjawab apabila mangsa ditemukan dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

PUTRAJAYA – Pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) akan diberi peluang menjalani latihan awal di pusat dan badan penyelidikan kerajaan di seluruh negara mulai bulan depan. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan