Penjawat awam antara empat ditahan miliki ketum

TAWAU – Seorang penjawat awam antara empat ditahan selepas disyaki terlibat dalam penggunaan serta penyimpanan dan pengedaran air ketum dalam sebuah rumah di Kampung (Kg) Kinabutan Kecil, Batu 4, Jalan Apas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kesemua suspek lelaki berumur 23 hingga 39 tahun itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah kira-kira pukul 2 petang, pada Jumaat.

“Semasa serbuan, polis menemukan sebuah tong biru mengandungi 66 botol plastik 1.5 liter yang berisi cecair disyaki air ketum dengan nilai rampasan dianggarkan RM1,400.

“Suspek mengaku memproses sendiri air ketum sebelum dijual kepada penagih tempatan dengan harga RM20 sebotol.

“Dua lagi suspek mengaku terlibat dalam penagihan air ketum sejak setahun lalu,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Jasmin, ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah, manakala semakan rekod lampau tidak menemukan sebarang kesalahan jenayah.

Related Posts

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

KOTA ISKANDAR – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh jaringan kebajikan rakyat menerusi pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Empat dengan memperluaskan kategori penerima baharu, termasuk dalam kalangan petugas hal ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

KOTA ISKANDAR – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh komitmen dalam membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup apabila mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi memperluas pelaksanaan program Jualan Kasih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

  • By Ynom
  • May 5, 2026
NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah