Pemimpin sering bersengketa, tapi akhirnya bersatu – Salleh

DALAM dunia politik, persengketaan antara pemimpin adalah perkara biasa, namun ia tidak semestinya kekal, kata bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Menurut beliau, ramai pemimpin sebenarnya mempunyai matlamat yang sama – untuk membela nasib rakyat dan memajukan negara – tetapi perbezaan pendekatan sering mencetuskan pertentangan.

“Kadang-kadang, kesetiaan kepada parti menghalang kerjasama meskipun niat dan tujuannya sama. Parti tetap diutamakan berbanding usaha bersama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Salleh turut menyentuh faktor perebutan jawatan dan pengaruh sebagai punca utama perbalahan, terutamanya apabila kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat.

“Suara dari kalangan penyokong dan penasihat juga memberikan tekanan. Ada pemimpin yang ingin berkompromi, tetapi dihalang oleh kelompok sekeliling yang lebih keras dan kurang terbuka,” ujarnya.

Tambah beliau, kurangnya budaya bermusyawarah secara terbuka dan ikhlas juga menjadi penyebab kepada prasangka yang berlarutan sehingga sengketa makin melebar.

Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa ketegangan politik lazimnya hanya bersifat sementara.

“Selepas pilihan raya, ramai kembali menjalankan peranan seperti biasa. Hubungan peribadi antara pemimpin biasanya kekal baik kerana mereka pernah berkawan dan bekerja bersama.”

Salleh menegaskan bahawa dalam politik, tiada musuh yang kekal kerana apa yang berlaku hari ini boleh berubah keesokan hari demi keperluan dan kestabilan negara.

Katanya, rakyat pada hakikatnya mahu melihat pemimpin bersatu demi kemajuan negara, bukannya terperangkap dalam perbalahan yang tidak berkesudahan.

“Perbezaan itu satu kelaziman. Yang penting, pemimpin tahu bila perlu bersaing, dan bila perlu bersatu demi rakyat,” katanya.

Related Posts

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti