Suami isteri tak mengaku dera anak 12 tahun dalam sangkar anjing

BALIK PULAU – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganiaya anak perempuan mereka berusia 12 tahun sehingga cedera dua minggu lalu.

Tertuduh, Chew Kok Wan, 47, dan isterinya, Mak Wai Peng, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Pasangan itu didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di rumah mereka di sebuah kondominium di Bayan Lepas pada pukul 7.30 pagi, 18 Mei lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Sesyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong menawarkan jaminan RM20,000 setiap seorang, namun peguam V. Parthipan merayu jumlah yang minimum atas beberapa alasan.

“Bapa mangsa (Kok Wan) bekerja sebagai penyelia kilang dengan gaji RM5,500, manakala isterinya pula pengurus projek dengan pendapatan bulanan sebanyak RM7,000.

“Ibu mangsa bekerja sejak lapan bulan lalu dan baru selesai menjalani pembedahan kanser ovari di sebuah hospital swasta. Dia masih memerlukan rawatan susulan.

“Kedua-dua tertuduh mempunyai seorang lagi anak berusia 15 tahun. Mereka juga menjaga ibu bapa yang uzur dan mempunyai pinjaman untuk kereta dan rumah,” katanya.

Hakim menetapkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kedua-dua tertuduh juga diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 1 Julai ini.

Sebelum ini media melaporkan sepasang suami isteri ditahan disyaki mendera anak perempuan mereka termasuk dikurung dalam sangkar anjing.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan suspek itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada guru besar sekolah mangsa selepas melihat ada kesan lebam pada badan kanak-kanak tersebut.

Related Posts

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

TAWAU – Sebanyak 70 lot kedai menjual pakaian terpakai ‘bundle’ musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Titingan, pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

LAHAD DATU – Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos Pengawal Marin, pada Selasa. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

  • By Fatin
  • August 27, 2026
Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid