Ops Sawmill rampas pelbagai barangan bernilai RM97.3 juta

KUANTAN – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai barangan bernilai RM97.3 juta hasil serbuan ke atas kilang papan yang disyaki memproses kayu secara haram.

Rampasan itu dibuat dalam siri operasi Ops Bersepadu Khazanah (Ops Sawmill) yang dilaksanakan dari 11 Februari hingga 20 Mei lalu.

Operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan di Kelantan, Terengganu dan Pahang melibatkan 32 serbuan.

Sebanyak 98 tangkapan terdiri daripada 58 warga tempatan dan 40 warga asing berusia antara 18 hingga 80 tahun turut direkodkan menerusi siri serbuan itu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, dalam Ops Sawmill Siri 1 dan 2 di Kelantan dan Terengganu, nilai rampasan mencecah RM66.5 juta.

“Kesemua kes bagi 18 serbuan tersebut masih lagi dalam siasatan pihak Jabatan Perhutanan.

“Bagi status tangkapan, 13 individu dituduh di mahkamah dan proses perbicaraan masih lagi berjalan manakala 40 individu lagi dibebaskan dengan jaminan dan masih menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Op Bersepadu Khazanah (Op Sawmill) di Kem Bukit Galing, hari ini.

Azmi berkata, susulan kejayaan itu, Op Sawmill siri tiga dilancarkan serentak di tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 20 Mei lalu.

Beliau berkata, operasi membabitkan tujuh agensi diketuai Ibu Pejabat PGA Bukit Aman bersama Briged Tenggara PGA dan Jabatan Perhutanan ini mengempur 15 kilang papan – tujuh di Pahang dan masing-masing empat di Kelantan dan Terengganu.

“Dalam operasi itu, 14 lokasi sasaran berjaya diserbu bagaimanapun kesemua kilang papan yang beroperasi itu ada yang mempunyai lesen tetapi menggaji warganegara asing tanpa permit yang sah.

“Ada yang mempunyai lesen tetapi tidak mempunyai lesen untuk membawa keluar masuk hasil-hasil kayu hutan atau kayu balak dan ada kilang yang diserbu langsung tidak mempunyai lesen,” katanya.

Related Posts

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

PUTRAJAYA – Infrastruktur digital tidak lagi sekadar lapisan sokongan, sebaliknya menjadi tulang belakang utama dalam menentukan kecekapan negara serta daya saing Malaysia di peringkat global. Berucap di Majlis Memorandum Persefahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC