Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

TAWAU – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 60 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki seekor tenggiling dan beruk tanpa kebenaran yang sah.

Jufrie Abu, 42, dijatuhi hukuman penjara 36 bulan bagi pertuduhan memiliki seekor tenggiling (Manis javanica) dan 24 bulan bagi pertuduhan memiliki seekor beruk (Macaca nemestrina).

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati memiliki kedua-dua haiwan berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) di Kampung Kalumpang, Jalan Tawau-Semporna, Semporna, kira-kira pukul 11 malam, 10 Jun lalu.

Kedua-dua spesies berkenaan dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan pemilikan tanpa kebenaran yang sah adalah satu kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JHLS, Primus Lambut.

Sementara itu, JHLS dalam kenyataan pada Khamis berkata, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang memiliki atau mengendalikan hidupan liar dilindungi tanpa kebenaran sah.

Orang ramai turut diseru supaya tidak memiliki atau memperdagangkan hidupan liar dilindungi secara haram, selain menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan berkenaan kepada JHLS.

Related Posts

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan reman seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengisytiharkan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan dan menjejaskan kesihatan serta keselamatan penduduk. Pejabat Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM