Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, susulan banjir besar di Nepal.

Kementerian Luar memaklumkan, kehilangan komunikasi itu dipercayai berpunca secara langsung akibat gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik yang disebabkan bencana berkenaan.

“Pihak Kedutaan sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan serta pasukan mencari dan menyelamat yang kini sedang dikerahkan oleh kerajaan Nepal bagi mengesan warganegara Malaysia yang terjejas dan memastikan keselamatan mereka,” kata kementerian itu dalam pemakluman media, malam ini.

Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan di Nepal, terutamanya mereka yang berada berhampiran kawasan terjejas, supaya kekal berwaspada, mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi sepenuhnya semua arahan keselamatan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian turut menggesa warganegara Malaysia supaya mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan mereka menerusi portal e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my.

Bagi bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerusi talian +977 1 544 5680 / +977 1 544 5681 (umum), +977 1 544 5689 (konsular), +977 980 100 8000 (talian kecemasan) atau e-mel mwkathmandu@kln.gov.my.

Wisma Putra memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan insiden itu secara dekat dan menyalurkan maklumat terkini sebaik sahaja maklumat sahih mengenai warganegara Malaysia berkenaan diperoleh.

Terdahulu, media melaporkan banjir kilat akibat limpahan Sungai Bhote Koshi melanda daerah Rasuwa di utara Nepal pada pagi tadi, menyebabkan kerosakan di kawasan pasar, penempatan penduduk dan infrastruktur.

Related Posts

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia ke-63 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam 16 September ini bakal menjanjikan pelbagai pengisian istimewa buat pengunjung. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan