Hari Kebangsaan ke-69: Rukun Negara perlu dihayati, bukan sekadar dihafal – Penganalisis

SAMBUTAN Hari Kebangsaan ke-69 perlu menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat, bukan sekadar menghafal dan melafazkan lima prinsip berkenaan, kata Pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.

Beliau berkata, Rukun Negara ialah falsafah negara yang perlu difahami, dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian bagi memastikan cita-cita pembentukan negara dapat direalisasikan.

“Rukun Negara bukan sahaja untuk kita hafal, tetapi kita perlu memahaminya. Apabila sudah memahami, kita menghayati dan seterusnya mengamalkannya.

“Jadi, kita mahu pada masa hadapan Rukun Negara bukan setakat dihafal, tetapi benar-benar dilakukan dan diamalkan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Shamrahayu berkata, setiap prinsip Rukun Negara mempunyai makna yang perlu difahami secara mendalam, termasuk prinsip Kepercayaan kepada Tuhan yang menuntut rakyat bukan sekadar mempunyai kepercayaan, tetapi turut mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Katanya, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara pula perlu diterjemahkan melalui tindakan yang mencerminkan rasa tanggungjawab dan kesetiaan kepada negara.

“Bukan bermaksud kita tidak boleh mempersoalkan apa yang ada dalam negara kita, termasuk peranan raja dan sebagainya, tetapi hendaklah kita melakukan sesuatu yang menunjukkan kesetiaan,” katanya.

Beliau berkata, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang pula mempunyai kaitan rapat kerana kedua-duanya menuntut rakyat serta kerajaan menghormati dan mematuhi undang-undang.

“Sebagai warga negara, kita bertanggungjawab mentaati undang-undang, manakala kerajaan yang bertanggungjawab juga hendaklah melaksanakan pentadbiran dan pengurusan negara berasaskan undang-undang,” katanya.

Mengulas prinsip Kesopanan dan Kesusilaan, Shamrahayu berkata, penghayatan prinsip itu semakin penting dalam kehidupan seharian, khususnya dalam penggunaan media sosial.

Katanya, penggunaan bahasa yang tidak sopan dan tidak beradab di media sosial berpotensi mencabar keharmonian serta perpaduan masyarakat.

Dalam pada itu, beliau berkata, Rukun Negara turut menggariskan cita-cita negara menerusi mukadimahnya, termasuk mencapai perpaduan lebih erat, mengamalkan cara hidup demokratik, berkongsi kemakmuran, bersikap liberal terhadap tradisi serta progresif dalam penggunaan sains dan teknologi.

Sehubungan itu, beliau berkata, kempen penghayatan Rukun Negara perlu dilaksanakan secara berterusan dan tidak hanya tertumpu ketika sambutan Hari Kebangsaan.

“Rakyat Malaysia perlu memahami apakah tujuan dan cita-cita negara kita kerana semua cita-cita ini berasaskan dan bertunjangkan lima prinsip Rukun Negara yang kita hafal dan lafazkan.

“Saya menyeru seluruh masyarakat Malaysia yang pelbagai ini supaya menghayati cita-cita negara dan mengamalkannya menurut prinsip yang telah dijelaskan dalam Rukun Negara,” katanya.

Shamrahayu turut mengingatkan ahli politik supaya lebih berhemah dalam menjaga tutur kata, terutama mereka yang mempunyai pengaruh dan jumlah pengikut yang besar.

Katanya, golongan itu perlu menunjukkan teladan dengan menghayati serta mengamalkan prinsip Rukun Negara, selain memastikan setiap ucapan disampaikan secara baik, beradab dan bersusila.

“Amat penting untuk mereka mentaati, menghayati dan juga mengamalkan prinsip-prinsip dalam Rukun Negara serta menggunakan perkataan yang baik ataupun pengucapan yang beradab dan bersusila bagi menjadi teladan kepada setiap warga negara,” katanya.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan