AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menyifatkan bahasa kesat dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika mengulas isu premis judi adalah penghinaan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan.

Naib ketuanya, Dr Taufiq Johari berkata, walaupun umat Islam sememangnya menolak amalan perjudian, isu berkaitan bidang kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan perlu ditangani berdasarkan lunas undang-undang.

“Namun, AMK amat kesal dengan laras bahasa kesat seperti ‘celaka’ dan ‘pelaq’ yang digunakan oleh Menteri Besar Kedah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Taufiq berkata demikian susulan ucapan Sanusi di Alor Setar pada Selasa ketika berceramah dan dia menyentuh isu pertikaian lesen premis judi di Kedah yang sudah diputuskan oleh mahkamah tertinggi dalam negara ini.

Dalam ceramah itu Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN dan Pas dilaporkan memberi amaran, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimaki rakyat Kedah jika membenarkan aktiviti perjudian disambung semula di negeri itu.

Beliau turut menggunakan ungkapan ‘celaka’ dan ‘pelaq’ terhadap Anwar.

Mengulas lanjut Taufiq berkata, tindakan Sanusi yang itu tidak boleh dilihat sekadar serangan terhadap batang tubuh Anwar selaku Perdana Menteri, sebaliknya lebih luas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berpendapat kritikan itu turut terarah kepada Mahkamah Persekutuan yang telah memuktamadkan sempadan bidang kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Taufiq turut menegaskan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berkenaan dengan mentafsir perlembagaan negara tanpa campur tangan badan eksekutif.

“Justeru, isu perundangan ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik murahan untuk menunggang sentimen dan emosi rakyat di pentas ceramah,” katanya.

Tambah Taufiq, jika kerajaan negeri benar-benar mahu menyelesaikan isu judi, Sanusi wajar meminta Penasihat Undang-Undang Kedah menyemak semula aspek sempadan bidang kuasa dan perundangan melalui saluran yang sah.

Beliau juga turut menggesa Sanusi menunjukkan teladan dengan menolak budaya politik maki hamun di hadapan khalayak sesuai dengan nama partinya yang membawa nama Islam.

Tugas pembangkang, kata Menteri Belia dan Sukan itu, memang boleh mengkritik dan menjadi mekanisme semak dan imbang kepada kerajaan.

Pun begitu, kata Taufiq lagi, ia perlu dilakukan berlandaskan fakta, dasar dan kewarasan, bukannya emosi serta caci maki yang menghina institusi mahkamah dan perlembagaan negara.

Kerajaan Kedah sebelum ini melaksanakan larangan menyeluruh terhadap premis perjudian dan loteri mulai 2023.

Bagaimanapun pengusaha kedai judi mencabar ketetapan berkenaan dan merujuknya ke mahkamah.

Mahkamah Persekutuan pada 12 Ogos lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa dasar kerajaan negeri untuk tidak memperbaharui lesen premis perjudian melanggar Perlembagaan kerana menceroboh bidang kuasa Persekutuan.

Keputusan itu sekali gus menamatkan usaha perundangan Kerajaan Kedah untuk menguatkuasakan larangan tersebut.

Sanusi kemudian berkata, keputusan mengenai sama ada aktiviti perjudian boleh diteruskan kini berada pada Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Related Posts

Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

KUCHING – Apabila berdepan dengan sesuatu insiden kecemasan atau kontroversi, kecekapan sesebuah organisasi menguruskan komunikasi krisis sering kali menjadi penentu antara kelangsungan integriti ataupun kemusnahan reputasi.  Bagi memberi pendedahan mendalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu perjudian di negeri itu yang didakwa turut mengaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

  • By Ezmie
  • August 27, 2026
Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

Kerajaan MADANI tidak pernah luluskan lesen judi baharu di Kedah

Kerajaan MADANI tidak pernah luluskan lesen judi baharu di Kedah