Nestlé hidupkan semula industri koko Malaysia, fokus Sabah dan Sarawak

KOTA KINABALU  – Nestlé Malaysia menyatakan komitmen untuk membantu menghidupkan semula industri koko tempatan yang pernah menjadi antara penyumbang utama dalam sektor pertanian negara sekitar 20 hingga 30 tahun lalu.

Menurut CEO dan Pengarah Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, syarikat  Nestlé menyasarkan untuk menanam sehingga 30 peratus daripada keperluan biji koko mereka secara tempatan dengan tumpuan utama diberikan kepada penanaman koko di Sabah dan Sarawak.

“Kami sedang bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk berkongsi amalan pertanian terbaik, memberi pendidikan tentang kaedah lestari dan memastikan penanaman koko menjadi peluang ekonomi yang mampan untuk petani tempatan.

“Nestlé telah menubuhkan Nestlé Cocoa Club yang menyasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 600 petani menjelang tahun 2026.

“Melalui inisiatif ini syarikat berharap dapat menghasilkan antara 10,000 hingga 20,000 tan biji koko tempatan bagi memenuhi permintaan pengeluaran produk Nestlé di Malaysia,” katanya ketika ditemui media di Malaysian International Cocoa Festival (MICF) 2025, di Pusat Convention Antarabangsa Sabah, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini jumlah bekalan biji koko tempatan masih kecil walaupun Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama produk koko separa siap, termasuk dari syarikat gergasi dunia yang beroperasi di sini menggunakan koko yang diimport dari luar negara.

“Usaha mengembangkan penanaman koko tempatan bukan sahaja dapat mempelbagaikan hasil pertanian negara dan meningkatkan pendapatan petani dan membantu menjamin keselamatan makanan negara,” katanya.

Tambahnya, produk terbaharu ‘Borneo Dark Chocolate’ termasuk dalam bentuk coklat dan aiskrim berjenama KitKat, yang kini menggunakan 100 peratus koko tempatan dari Malaysia.

“Produk ini mendapat sambutan yang sangat positif daripada pengguna tempatan dan antarabangsa.

“Kami menerima banyak permintaan untuk mengeksport KitKat Dark Borneo, namun kekurangan bekalan koko tempatan menjadi cabaran utama.

“Kami menyeru lebih ramai petani menyertai usaha ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Nestlé percaya dengan sokongan berterusan dan kerjasama pelbagai pihak industri koko Malaysia mampu bangkit semula sebagai peneraju di peringkat antarabangsa.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok