Pahang sertai usaha penswastaan FGV

BENTONG – Kerajaan Pahang secara rasmi menyertai langkah strategik FELDA dalam usaha penswastaan FGV Holdings Berhad (FGV).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyertaan Kerajaan Negeri dalam kerangka Person Acting in Concert (PACs) mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap agenda pemerkasaan ekonomi peneroka dan pembangunan sosioekonomi luar bandar.

Menurutnya, Pahang tidak hanya menjadi pemerhati tetapi turut turun padang menyokong FELDA memperkukuh rantaian nilai industri perladangan, khususnya dalam memastikan kelangsungan FGV yang berkait rapat dengan masa depan warga peneroka.

“Sokongan ini akan memperkukuh keyakinan peneroka FELDA terhadap masa depan mereka.

“Ia juga berupaya merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri melalui kestabilan operasi FGV yang menjadi pemacu penting sektor agrokomoditi,” katanya pada Majlis Ramah Mesra FELDA Bersama Menteri Besar di Genting Highlands, hari ini.

Wan Rosdy berkata, langkah penyertaan itu menyaksikan Pahang bersama FELDA sebagai PACs dalam menjayakan Voluntary Take Over Offer (VTO), bertujuan memperkukuh kedudukan agensi tersebut sebagai pemilik utama FGV dengan penguasaan sedia ada sebanyak 82 peratus.

Jelasnya, Kerajaan Negeri pula memiliki lima peratus saham dalam FGV, menjadikan gabungan itu kekuatan baharu yang signifikan dalam memacu transformasi syarikat dan mengukuhkan keupayaan strategik industri perladangan negara.

Bagaimanapun, ujarnya, bagi mencapai kawalan penuh ke atas FGV, FELDA perlu mencapai 90 peratus pegangan, justeru baki tiga peratus memerlukan kerjasama kerajaan Sabah serta beberapa institusi pelaburan perladangan lain.

Katanya, penyertaan itu adalah pelaburan jangka panjang yang strategik dan mampu memberikan limpahan manfaat kepada rakyat, khususnya warga peneroka FELDA di Pahang.

Related Posts

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

ALOR SETAR – Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Mohd. Jamil Md. Idross, 78, ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Teluk Bagan di sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

KUANTAN – Liga Rakyat Pahang 1st Piala Sultan Abdullah yang julung kali diperkenalkan menjadi platform baharu dalam usaha kerajaan negeri menyemarakkan semula sukan bola sepak negeri ini. Exco Komunikasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

PRN Johor penentu hala tuju negeri,  kesejahteraan rakyat

PRN Johor penentu hala tuju negeri,  kesejahteraan rakyat

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko