Alu-alukan kerjasama parti lain, yang penting GRS majoriti mutlak – Joachim

KOTA KINABALU – Selagi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai majoriti mutlak, kerjasama dengan mana-mana parti lain dialu-alukan, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

“Yang penting GRS mesti ‘in the driving seat’,” ulasnya ketika menjawab mengenai 13 kerusi yang disasarkan PKR pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Joachim ditemui media selepas Sidang Media Khas Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2025, di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini pada Isnin.

Mengenai hasrat parti Bersatu untuk bertanding dalam PRN17 Sabah, Joachim berkata, tiada halangan mana-mana parti untuk bertanding selagi pertandingan itu berlangsung secara sihat.

“Mereka semua boleh datang ke sini kerana ini negara demokrasi yang bebas.

“Jadi kalau semua nak bertanding, kita raikan saja dalam suasana pertandingan yang sihat,” katanya.

Beliau yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) turut menyatakan belum ada perbincangan khusus di antara pihaknya dan Bersatu.

“Setakat yang saya tahu, saya tidak pasti. Kita belum lagi becakap atau berbincang bersama-sama dengan Bersatu, sehingga kini pun, tiada perbincangan yang khusus,” ujarnya.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Outreach Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka