Harimau Malaya jumpa PMX, terima suntikan semangat

SKUAD bola sepak kebangsaan mendapat suntikan semangat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang aksi getir menentang Vietnam, 10 Jun ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan skuad kendalian Peter Cklamovski berkesempatan bertemu Anwar di hotel penginapan pasukan di Johor Bahru, malam tadi.

“Pada kunjungan hormat itu, Perdana Menteri manyampaikan amanat buat skuad kebangsaan dan mengucapkan selamat maju jaya bagi menghadapi perlawanan dengan Vietnam,” kata FAM di laman sosial mereka.

Aksi berdepan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah perlawanan kedua Harimau Malaya dalam Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 selepas menundukkan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, 25 Mac lalu.

Sebelum menentang Vietnam, Cklamovski terlebih dahulu akan menguji skuadnya pada perlawanan persahabatan antarabangsa berdepan pasukan ranking ke-72 dunia, Cape Verde di Stadium Bola sepak Kuala Lumpur, 29 Mei ini.

Related Posts

Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

AKADEMI Chelsea dinobatkan sebagai antara yang terbaik di dunia. Bukan saja dari segi pemain dilahirkan untuk mengukuhkan skuad utama, malah dari sudut keuntungan yang dijana untuk kelab sejak kebelakangan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

MARCUS Rashford menerima nombor jersi baharu selepas kembali menyertai Manchester United, perkembangan yang mungkin memberi petunjuk tentang masa depannya bersama kelab itu. Rashford sebelum ini dijangka sudah mengharungi perlawanan terakhirnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA