Dadah MDMA bernilai RM6.3 juta untuk pusat hiburan berjaya dirampas

BUKIT MERTAJAM – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang menyasarkan pusat hiburan di sekitar Pulau Pinang menerusi beberapa serbuan yang dilakukan di George Town pada Selasa lalu.

Dalam serbuan itu, polis merampas serbuk dadah jenis MDMA seberat 37 kilogram dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM6.3 juta.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, operasi khas itu dijalankan bermula petang Selasa hingga awal pagi Rabu.

Menurutnya, lima individu berusia antara 33 hingga 41 tahun ditahan dalam serbuan terbabit.

“Tangkapan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebuah kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan awam dan digunakan sebagai lokasi penyimpanan dadah.

“Sebanyak 700 bungkusan berisi serbuk dadah MDMA berjaya dirampas, dipercayai telah sedia untuk diedarkan ke pusat-pusat hiburan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, hari ini.

Polis merampas serbuk dadah jenis MDMA seberat 37 kilogram dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM6.3 juta.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata dadah jenis itu dipercayai banyak digunakan di pusat hiburan dan sindiket terbabit dikesan aktif sejak awal tahun ini.

Dalam operasi sama, beliau berkata, polis turut merampas tujuh buah kenderaan, barang kemas serta wang tunai bernilai lebih RM300,000.

“Siasatan mendapati kesemua suspek positif dadah dan salah seorang daripada mereka mempunyai 16 rekod jenayah lampau,” katanya lagi.

Kelima-lima suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 27 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima maklumat berkaitan kebimbangan terhadap kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula sawit di FELDA Palong 7,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

  • By Siti
  • August 25, 2026
Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?