Ops Premis Hiburan: MPT sita 4 ‘billiard’ dan set karaoke

TAWAU – Empat peralatan permainan billiard (pool) serta kelengkapan set elektronik karaoke disita Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menerusi operasi Premis Hiburan sekitar daerah ini. 

MPT dalam perkongsian di Facebook berkata, sitaan itu dibuat susulan peralatan terbabit dipercayai digunakan untuk pelanggan tanpa permit yang sah.

“Fokus pemeriksaan di pusat hiburan adalah berkaitan permit atau lesen perkhidmatan yang sah atau melanggar permit yang ditetapkan.

“Operasi dibuat bersama Bahagian Perlesenan MPT serta Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau,” menurut perkongsian tersebut, pada Rabu. 

Sehubungan itu, MPT menasihatkan semua premis agar sentiasa mematuhi peraturan dan lesen yang telah diwartakan bagi mengelak daripada tindakan undang-undang dikenakan.

Related Posts

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

KOTA KINABALU – Polis Sabah mendedahkan kewujudan modus operandi baharu penyalahgunaan dadah apabila sindiket dikesan memproses bahan terlarang dalam bentuk cecair untuk digunakan menerusi vape. Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KALABAKAN – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah memberi perhatian serius insiden video tular memaparkan seekor gajah Pygmy Borneo dipercayai mengalami kecederaan pada bahagian belalai di kawasan Felda Kalabakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti