JKR Sabah beri amaran penipuan tawaran kerja, tender guna nama jabatan

KOTA KINABALU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengingatkan dan memberi amaran agar orang ramai berwaspada terhadap taktik penipuan melibatkan tawaran kerja atau tender yang menggunakan nama jabatan itu secara palsu.

Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Philemon Lajawai berkata, wujud cubaan menyamar oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan tawaran menarik melalui aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp, Telegram atau panggilan telefon.

“JKR Sabah menasihatkan agar pihak berkenaan lebih berhati-hati, berwaspada dan mengambil langkah proaktif untuk menyemak kesahihan maklumat terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook JKR Sabah di sini pada Rabu.

Tambahnya, JKR Sabah hanya mengiklankan tawaran kerja menerusi saluran rasmi seperti akhbar, papan kenyataan pejabat kerajaan, laman sesawang rasmi JKR Sabah, Sistem MyProcurement Kerajaan Persekutuan dan melalui jemputan rasmi.

“Jabatan ini tidak pernah meminta sebarang bayaran pendahuluan kewangan melalui pemindahan wang (fund transfer) secara langsung ke akaun peribadi,” jelas beliau.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada pegawai atau kakitangan JKR Sabah di 24 daerah seluruh negeri atau menghubungi Ibu Pejabat JKR Sabah untuk pengesahan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan beberapa kes penipuan terdahulu yang didalangi scammer menggunakan nama jabatan kerajaan bagi memperdaya orang ramai.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok