MCMC perluas liputan 5G di lokasi strategik sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memperluaskan kemudahan internet 5G di beberapa lokasi strategik sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025 bagi memastikan kelancaran liputan dan capaian rangkaian.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, pihak MCMC telah memasang tiga unit pemancar berskala besar dan 26 unit berskala kecil yang dikenali sebagai ‘5G in a box’ di sekitar kawasan persidangan.

“Setakat ini, saya mendapati kelajuan internet amat baik, dengan sesetengah lokasi mencatatkan antara 300 hingga 600 Mbps, malah mencecah 1 Gbps di pusat media,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan selepas melawat Pusat Media Antarabangsa Sidang Kemuncak ASEAN-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Fahmi berkata, langkah ini merupakan sebahagian daripada persediaan teknikal untuk memastikan liputan media berjalan lancar sepanjang sidang berlangsung.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap penyebaran maklumat palsu, terutamanya melalui platform media sosial yang tidak bertanggungjawab.

“Saya menyeru kepada semua pihak agar mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan rasmi daripada agensi-agensi media arus perdana yang lain.

“Semua pihak perlu elak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, khususnya daripada media sosial yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Related Posts

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta. Keputusan itu dibuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung ucapan perwakilan Selangor, Datuk Noorazli Said semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk arahan dan nasihat selanjutnya. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa