Warga emas, remaja maut dalam kebakaran rumah di Kg Pulau Penampang

KOTA KINABALU – Warga emas dan remaja meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung (Kg) Pulau Penampang, di sini pada pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata kedua-dua mangsa merupakan wanita.

“Dilaporkan terdapat dua mangsa terlibat, seorang mangsa wanita warga emas ditemukan meninggal dunia pada pukul 7.13 pagi dan seorang mangsa lagi iaitu wanita remaja meninggal dunia pada pukul 7.33 pagi.

“Kebakaran juga turut melibatkan sebuah kenderaan jenis Produa Axia terbakar 5 peratus terkena bahangan api.

“Rumah berkeluasan 40×40 kaki itu terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Jelasnya, kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada pukul 8.43 pagi setelah memastikan tiada bahaya lain wujud.

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos