Perdagangan Malaysia meningkat 18.2 peratus kepada RM261.9 bilion

PUTRAJAYA – Permintaan antarabangsa terhadap barangan Malaysia menjadikan
perdagangan negara merekodkan kenaikan sebanyak 18.2 peratus kepada RM261.9 bilion untuk tempoh 12 bulan sehingga April lalu, daripada RM221.6 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu sebahagian besarnya didorong pertumbuhan import 20 peratus yang telah mencecah RM128.4 bilion dan eksport mencapai 16.4 peratus, iaitu berjumlah RM133.6 bilion.

“Pertumbuhan eksport Malaysia didorong oleh peningkatan dalam eksport domestik dan eksport semula pada April 2025.

“Eksport domestik merangkumi 74.9 peratus dari jumlah eksport, meningkat 9.1 peratus kepada RM100.0 bilion, manakala eksport semula menyumbang 25.1 peratus dari jumlah eksport yang berkembang 46.0 peratus kepada RM33.5 bilion berbanding April 2024,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Uzir memaklumkan, import negara berjumlah RM128.4 bilion telah meningkat sehingga  20 peratus atau RM21.4 bilion di samping lebihan dagangan berkurang 33 peratus kepada RM5.2 bilion.

Katanya, perkara itu menandakan lebihan bulan selama 60 bulan berturut-turut sejak Mei 2020, berbanding dengan Mac 2025, import dan jumlah dagangan masing-masing mencatatkan peningkatan 14.1 peratus dan 4.8 peratus.

“Manakala eksport dan imbangan dagangan masing-masing menunjukkan penurunan 2.7 peratus dan 79.1 peratus. Daripada sudut kumpulan barangan, sebanyak 136 dari 258 kumpulan eksport dan 136 dari 260 kumpulan import menunjukkan peningkatan berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya.

“Eksport lebih tinggi disumbangkan ke Amerika Syarikat (+RM6 bilion), diikuti Singapura (+RM4.8 bilion), Mexico (+RM2.5 bilion), Taiwan (+RM2.2 bilion), Thailand (+RM959.3 juta), Australia (+RM634.5 juta) dan Indonesia (+RM621.5 juta).

“Peningkatan import pula disumbangkan dari Amerika Syarikat (+RM9.7 bilion), diikuti oleh Taiwan (+RM6.8 bilion), China (+RM5.1 bilion), Mexico (+RM827.8 juta), Ecuador (+RM415.3 juta), Viet Nam (+RM388.8 juta) dan Kuwait (+RM300.6 juta),” katanya.

Mengulas lanjut eksport, kenaikan ini sejajar dengan peningkatan dalam barangan elektrik & elektronik berjumlah RM15.8 bilion, iikuti jentera, kelengkapan & peralatan (+RM1.5 bilion); keluaran perkilangan lain (+RM826.9 juta); makanan diproses (+RM771.0 juta); barangan perkilangan berasaskan minyak kelapa sawit (+RM627.7 juta); dan barangan optik & saintifik (+RM621.9 juta).

“Peningkatan import direkodkan bagi barangan elektrik & elektronik (+RM21.5 bilion); jentera, kelengkapan & peralatan (+RM1.6 bilion); kelengkapan pengangkutan (+RM1.0 bilion); keluaran pertanian yang lain (+RM361.3 juta); minyak sawit & keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (+RM314.6 juta); serta makanan diproses (+RM268.3 juta),” katanya.

Sementara itu, Uzir menegaskan, pertambahan import mengikut Penggunaan Akhir adalah seiring dengan permintaan yang lebih tinggi bagi barangan modal.

“Import barangan modal (18.4% dari jumlah import) melonjak 114.1 peratus atau RM12.6 bilion, mencatatkan nilai RM23.6 bilion.Namun, import barang perantaraan (45.3% dari jumlah import) menurun 1.7 peratus atau RM993.2 juta kepada RM58.2 bilion.

“Manakala import barangan penggunaan (7.5% daripada jumlah import) mencatatkan penurunan secara marginal 0.7 peratus atau RM70.4 juta kepada RM9.7 bilion berbanding April 2024,” katanya.

Dalam pada itu, Uzir menjelaskan, jumlah dagangan, eksport, import dan lebihan dagangan bagi tempoh Januari hingga April 2025 mencatatkan peningkatan.

“Jumlah dagangan berkembang 7.2 peratus, dari RM912.2 bilion kepada RM977.6 bilion, seiring dengan kenaikan eksport (+7.3%) serta import (+7.0%).

“Selain itu, lebihan dagangan meningkat 10.4 peratus mencatatkan nilai RM46.2 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024,” katanya.

Related Posts

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

PUTRAJAYA  – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak. Bahagian Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel