Lebih 1,000 ahli Bersatu Jeli tinggalkan parti

JELI – Parti Bersatu terus menerima tamparan apabila lebih 1,000 terdiri daripada pimpinan dan akar umbi Bersatu Bahagian Jeli membabitkan lapan cawangan mengumumkan keluar daripada parti, berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat kerana kesemua mereka sudah hilang keyakinan terhadap pimpinan parti selain Bersatu dilihat lemah dalam percaturan politik terutama isu pemilihan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Berikutan itu, lapan cawangan Bersatu di Jeli iaitu Lawang, Asahan, Batu Gajah, Kedai Kuala Balah, Legeh, Nibong, Jedak Tua dan Kubur Datu dianggap ‘terkubur’ selepas kesemua mereka keluar daripada parti.

Bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhammad berkata, keputusan yang diambilnya bersama rakan-rakan adalah kerelaan mereka sendiri tanpa paksanaan mana-mana pihak.

“Bersama saya hari ini termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK)  Bersatu Jeli, lapan ketua cawangan Bersatu dan Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Jeli mengumumkan peletakan jawatan kami berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini kami ambil secara sukarela dan tiada paksaan serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Sehubungan dengan itu, lapan cawangan dan 18 cawangan Srikandi dengan ini mengumumkan pembubaran di cawangan Bersatu terbabit,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, keyakinan mereka terhadap Bersatu sudah terhakis sama sekali dan parti itu disifatkan bukan lagi parti dominan orang Melayu yang boleh bergantung harap.

“Bersatu dilihat begitu lemah dan ini jelas dalam pemilihan calon PRK DUN Nenggiri dimana Bersatu jelas dipermain dan digula-gulakan oleh Pas. Kami amat malu dan tercabar dengan kesilapan percaturan ini.

“Kami melihat Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berkarisma dan berdaya maju,” katanya.

Rodzi berkata, setakat ini mereka tidak menyertai mana-mana parti namun menyokong Kerajaan Perpaduan.

Related Posts

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

ISU royalti petroleum kembali dipolemikkan seolah-olah wujud ketidakadilan besar terhadap negeri pengeluar seperti Terengganu. Namun, persoalan sebenar yang perlu ditanya bukanlah ‘berapa banyak negeri terima’, tetapi bagaimana sistem ini sebenarnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu