Kaamatan bukan sekadar warisan, tapi pemacu ekonomi dan perpaduan Sabah

KOTA KINABALU – Pesta Kaamatan bukan sahaja perayaan budaya tradisi masyarakat Kadazandusun Murut (KDM), tetapi kini menjadi simbol kekuatan identiti, pemacu ekonomi kreatif, dan manifestasi keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, Kaamatan membawa makna jauh melangkaui ritual kesyukuran semata-mata, sebaliknya mencerminkan warisan hidup yang terus mengakar dalam seni, muzik, tarian dan nilai perpaduan.

“Pesta Kaamatan adalah penghormatan kepada semangat padi, Bambarayon iaitu lambang kehidupan, keberkatan dan hubungan suci antara manusia dan alam.

“Bagi masyarakat KDM, tanah bukan sekadar tempat berpijak, tetapi warisan yang memberi kehidupan. 

“Bambarayon bukan lagi sekadar mitos, tetapi nilai spiritual dan budaya yang membentuk jati diri,” katanya ketika merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandar Raya Kota Kinabalu 2025, di sini pada Sabtu.

Christina berkata Lebih daripada sekadar warisan budaya, Kaamatan berperanan sebagai platform penting yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Kaamatan membuka ruang dan peluang kepada penggiat seni, usahawan kreatif, peniaga tempatan dan pemelihara budaya untuk menonjolkan karya dan hasil usaha mereka di pentas lebih luas,” katanya.

Beliau turut berkata bahawa Kaamatan mencerminkan nilai keterangkuman unik yang menjadi kekuatan Sabah.

“Dalam suasana perayaan ini, kita dapat lihat gotong-royong, penerimaan dan rasa hormat antara kaum yang menjadikan Sabah contoh hidup kepada erti perpaduan sebenar iaitu satu identiti yang dihormati bukan sahaja dalam negara, malah di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Christina turut mengingatkan bahawa dalam era digital yang serba pantas, nilai dan warisan budaya mesti terus dipelihara agar tidak hilang ditelan arus kemajuan.

“Pembangunan dan warisan bukan dua perkara yang perlu dipertentangkan. Sebaliknya, ia perlu bergerak seiring dan itulah makna sebenar kemajuan yang berpaksikan kepada nilai dan jiwa budaya,” katanya.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak