Kerajaan Negeri rangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri akan merangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah sebagai satu platform perundangan bagi memperkukuh pengurusan serta pembangunan belia di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, enakmen berkenaan akan memperluas pengiktirafan terhadap aktivisme belia dan mewujudkan ruang yang lebih tersusun bagi pembangunan generasi muda.

“Dengan enakmen ini, kita ingin memastikan setiap pemimpin belia diberikan masa, ruang dan sokongan untuk memimpin dengan yakin serta terus menyumbang kepada negeri tanpa diketepikan akibat perubahan dasar,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Belia Nasional Peringkat Negeri di Kompleks Sukan, di sini pada Sabtu.

Jelas beliau, pembangunan belia akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Negeri, termasuk penyediaan kemahiran dan keperluan asas bagi memimpin negeri pada masa hadapan.

“Di bawah pentadbiran GRS-PH, Kerajaan Negeri telah mencatat pencapaian membanggakan dalam pembangunan belia.

“Kestabilan politik yang dikecapi membuka ruang kepada pelaksanaan dasar berpaksikan rakyat, termasuk dalam aspek pembangunan belia,” ujarnya.

Tambah Hajiji, Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman turut menekankan kepentingan pembangunan belia dalam ucapan dasar kerajaan, khususnya dalam aspek pendidikan, kemahiran dan kepimpinan di bawah kerangka pembangunan negeri.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil kira aspirasi belia termasuk usaha melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

“Ini penting agar apabila tiba masanya generasi muda mengambil alih tampuk kepimpinan, mereka benar-benar layak dan mampu membawa negeri dan negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Pada majlis sama, Hajiji turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Peringkat Negeri Sabah.

Bagi kategori individu wanita, Siti Zibaila Suod diumumkan pemenang dan menerima wang tunai RM5,000, manakala tempat kedua RM3,000 dimenangi Satria Nur Izman dan ketiga Chang Shue Yin menerima RM2,000.

Kategori individu lelaki pula menyaksikan Rahim Absyah Abd Wahab dinobatkan sebagai johan dengan hadiah RM5,000, diikuti Dhihya Sahlan menerima RM3,000 di tempat kedua dan Datu Muhammad Farid Datu Liman menerima RM2,000 di tempat ketiga.

Sementara itu, kategori pertubuhan belia dimenangi Kelab Flat MPS Karamunting Sandakan yang diketuai Mohd Alif Iwan, membawa pulang RM15,000.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Sabah yang diketuai Hilmie Milus muncul naib johan dan menerima RM8,000, manakala tempat ketiga dimenangi Gabungan Belia Persatuan Bahagian Tawau dengan hadiah RM5,000.

Related Posts

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

SEMPORNA – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kesalahan menceroboh dan mencabul seorang wanita warganegara China di sebuah pusat peranginan di Jalan Kamiri, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

MUKAH – Seorang pekerja warganegara Indonesia dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah tongkang ke dalam sungai berhampiran kawasan pembinaan Jambatan Igan pada petang Sabtu. Mangsa yang dikenali sebagai Saiful…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco