Banjir kilat landa Yan dan Gurun, 5 kampung ditenggelami air

SUNGAI PETANI – Empat buah kampung di Gurun dan sebuah kampung di Yan di sini dilanda banjir kilat awal pagi tadi berikutan hujan lebat lebih dua jam.

Hujan bermula kira-kira pukul 1.30 pagi turut menenggelamkan Jalan Gurun-Sungai Petani serta melimpah ke beberapa buah kedai yang terdapat di sepanjang laluan tersebut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Amirul Asyraf Mohamad Maiyidin berkata, kejadian bencana pada awal pagi itu membabitkan Kampung Sungai Kunyit, Kampung Jelatang, Kampung Masjid Lama dan Simpang 3 Guar Nenas.

“Kita terima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kejadian banjir kilat di kampung mereka ekoran hujan lebat awal pagi tadi.

“Enam anggota digerakkan ke lokasi dan sebaik tiba kita mendapati hanya lima buah rumah di Kampung Sungai Kunyit yang dimasuki air paras betis, manakala tiga kampung lain tidak terkesan,” katanya.

Menurut beliau, punca banjir kilat itu adalah disebabkan limpahan air secara mengejut dan hujan lebat, namun tiada kerosakan besar melibatkan harta benda kerana air surut dengan cepat.

“Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka kerana penduduk enggan berpindah dari kediaman masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Yan, Leftenan (PA) Zul Izzi Zulkifli memaklumkan hanya sebuah rumah di Kampung Titi Teras dimasuki air sehingga paras betis.

“Bagaimanapun pemilik rumah tidak mahu berpindah selepas air surut sejam kemudian. Saya menasihatkan penduduk terutama yang tinggal di tepi sungai supaya berhati-hati dan mengambil langkah perlu jika hujan lebat berulang,” katanya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar