PM singgah lihat sendiri keadaan pusat penjaja

MEMANFAATKAN sepenuhnya masa yang terluang walaupun tidak lama, itu yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk singgah beramah mesra bersama peniaga dan pelanggan di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Walaupun dalam keadaan santai, beliau turut mengambil kesempatan melihat sendiri keadaan pusat penjaja berkenaan.

Lawatan santai itu dilakukan selepas selesai menyempurnakan Majlis Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani.

“Saya singgah di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri untuk melihat kawasan persekitaran dan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung yang sedang menjamu sarapan pagi.

“Persinggahan kira-kira 10 minit itu saya gunakan untuk melihat sendiri keadaan persekitaran dari segi kemudahan infra yang perlu ditambahbaik atau yang telah siap untuk dimanfaatkan masyarakat setempat,” catatnya menerusi hantaran Facebook.

Menurut Perdana Menteri, antara yang dibangkitkan adalah penambahan atau keluasan kawasan parkir selain penghargaan kepada kerajaan di atas kemudahan bumbung baharu yang lebih selesa sekaligus menarik lebih ramai pengunjung di kawasan tersebut.

“Saya beri jaminan kerajaan akan terus berusaha mengindahkan pembangunan warung, gerai dan restoran agar lebih bersih dan berkualiti di setiap negeri dan bandar di seluruh negara, insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji