Hala tuju pendidikan negara perlu disegarkan

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan merangka strategi dan hala tuju baharu pendidikan negara secara berani dan menyeluruh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Perdana Menteri berkata, dasar lama perlu disemak dan pendekatan sedia ada perlu disegarkan supaya setiap pelaburan melalui RMK13 dapat membentuk sistem pendidikan yang adil, berpandangan jauh dan mampan.

“Setiap wang dilaburkan harus membuahkan hasil dalam sistem pendidikan yang menjulang masa depan negara lebih makmur dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bersama barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan petang semalam bagi membincangkan strategi dan hala tuju pendidikan negara menjelang RMK13.

Perdana Menteri berkata, antara perkara dibincangkan termasuk pendidikan prasekolah, latihan guru serta peningkatan kemahiran di Institut Pendidikan Guru (IPG), pelaksanaan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dan pemantapan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Turut disentuh ialah pengajian peringkat Tingkatan Enam dan matrikulasi, isu keciciran murid, permit mengajar bagi sektor awam dan swasta serta keperluan menyusun semula Pelan Induk Pendidikan Negara agar lebih selari dengan keperluan semasa.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula