Stor haram jadi ‘bank diesel’ diserbu

IPOH – Hasil risikan dan pemantauan selama seminggu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak membawa kepada serbuan ke atas sebuah stor haram penyimpanan minyak diesel tanpa permit di Kampung Kepayang, di sini, pada Selasa.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, sindiket terbabit dipercayai memperoleh bekalan diesel daripada pembekal tidak berlesen sebelum menyimpannya di premis berkenaan.

“Stor ini berfungsi sebagai ‘bank diesel’ yang menyimpan bekalan diperoleh secara haram sebelum dijual kepada pihak industri di sekitar bandar Ipoh pada harga jauh lebih murah daripada harga pasaran,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu.

Menurut beliau, hasil serbuan itu, pasukan penguat kuasa menemui kira-kira 1,800 liter cecair disyaki minyak diesel yang disimpan tanpa kebenaran.

Turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 63 tahun yang mengaku bekerja sebagai pemandu lori.

Suspek gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran, lesen atau permit untuk menyimpan barang kawalan berkenaan.

“Selain merampas diesel yang disyaki, kita turut menyita dua tangki kontena pukal pertengahan (IBC), hos serta sebuah lori.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM55,270,” jelas Kamalludin.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual, iaitu minyak diesel, tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan.

Related Posts

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian