Pesawat Hawk tergelincir ketika latihan LIMA’25

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat pejuang jenis Hawk tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah, petang tadi.

Insiden kira-kira jam 5 petang itu berlaku ketika pesawat berkenaan menjalani latihan ‘Opening Gambit’ sebagai persiapan acara pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pesawat terbabit mengalami masalah pada bahagian ‘nose landing gear’ ketika pendaratan.

“Juruterbang pesawat berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian dengan lebih terperinci,” katanya.

Difahamkan, latihan itu turut membabitkan beberapa aset pertahanan udara lain menjelang pembukaan rasmi LIMA ’25 yang dijadual bermula 20 Mei ini di Langkawi.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET