Kerajaan sedia jaminan RM1 bilion bantu PKS

KERAJAAN bersetuju meningkatkan jaminan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi membantu pengeksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).

Langkah itu diharap agar mereka lebih mudah mendapatkan pinjaman dari bank komersial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut meluluskan penambahan Dana Pembiayaan Mudah sebanyak RM500 juta melalui Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) bagi memperkukuh daya tahan sektor PKS.

“Kerajaan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia menyediakan bantuan bersasar kepada PKS yang secara langsung terkesan.

“Selain itu, dengan tercetusnya perang perdagangan antara rakan dagang utama, adalah penting untuk kita mempelbagaikan pasaran ke rantau baharu seperti Eropah, Timur Tengah, Asia Tengah dan Amerika Selatan, serta memperkukuh perdagangan serantau, terutamanya dengan negara-negara ASEAN,” katanya dalam sesi penerangan berhubung isu pelaksanaan tarif timbal balas AS di Sidang Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif timbal balas sebanyak 24 peratus terhadap Malaysia dan beberapa negara dagangan lain mengikut kadar berlainan.

Anwar berkata, kerajaan turut meneruskan usaha membuka rundingan bagi perjanjian perdagangan dan pelaburan baharu, termasuk dengan Kesatuan Eropah (EU), dalam usaha mempelbagaikan pasaran eksport negara.

“Usaha dalam mengeratkan hubungan antarabangsa kini mula membuahkan hasil. Hasil daripada pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Malaysia minggu lalu berjaya menghantar minyak sawit mampan ke United Kingdom tanpa sebarang tarif.

“Rundingan perjanjian perkongsian Malaysia–Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) juga selesai pada April 2025 dan dijangka dimeterai bulan hadapan.

“Selain itu, usaha akan terus digiatkan untuk memperkukuh hubungan ASEAN dengan rantau seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC),” ujarnya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM