Malaysia sedia bantu redakan ketegangan India-Pakistan – PM Anwar

MALAYSIA bersedia untuk membantu meredakan ketegangan antara India dan Pakistan susulan serangan di Kashmir minggu lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar berkata Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif telah terpaksa menangguhkan lawatan rasminya ke Malaysia yang dijadualkan pada Jumaat ini, berikutan ketegangan yang semakin memuncak.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau mengecam segala bentuk keganasan dan menyatakan harapan agar keadaan akan segera pulih.

“Saya memahami situasi rumit yang sedang dihadapi Pakistan dan mendoakan agar keadaan segera reda serta tidak terus meruncing.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk siasatan bebas dan telus bagi mengenal pasti dalang sebenar serangan itu.

“Saya turut menyatakan kesediaan Malaysia memainkan peranan ke arah meredakan ketegangan sekiranya diperlukan.

“Hubungan baik Malaysia dengan Pakistan dan India adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan demi keamanan dan kestabilan serantau,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada hari ini (5 Mei).

Serangan pada 22 April lalu di Pahalgam, Jammu dan Kashmir, menyasarkan pelancong Hindu, mengorbankan 26 orang dan mencederakan lebih 20 yang lain.

Kumpulan militan The Resistance Front yang dikaitkan dengan Lashkar-e-Taiba mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut, sekali gus mencetuskan ketegangan diplomatik antara New Delhi dan Islamabad.

Tambah Anwar, Shehbaz juga menzahirkan penghargaan terhadap hubungan baik kedua-dua negara dan menyatakan hasratnya untuk mempercepatkan pemeteraian memorandum persefahaman yang kini sedang dalam perbincangan.

“PM Shehbaz turut menyatakan penghargaan terhadap hubungan erat antara kedua-dua negara serta mengutarakan hasrat untuk mempercepatkan pemeteraian memorandum persefahaman yang sedang dirunding.

“Saya tegaskan komitmen Malaysia untuk menyegerakan urusan tersebut.

“Insya-Allah, apabila keadaan mengizinkan, kita akan menyambut PM Shehbaz di Malaysia dalam suasana aman dan tenteram,” ujarnya.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan