Kekurangan perubatan kritikal di Gaza – UNRWA

AGENSI Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran pada Ahad bahawa perkhidmatan perubatannya di Gaza sedang menghadapi kekurangan sumber yang teruk akibat sekatan berterusan dan serangan genosid oleh Israel.

Menurut hantaran agensi tersebut di platform X menyatakan lebih satu pertiga bekalan penting telah kehabisan stok, dan satu pertiga lagi dijangka habis dalam masa kurang daripada dua bulan.

“Kami ingin memberi amaran bahawa perkhidmatan perubatan kami sangat kekurangan sumber di mana sekatan berterusan dan pengeboman tidak henti-henti,” katanya.

UNRWA masih kekal sebagai penyedia penjagaan kesihatan utama di wilayah itu, walaupun krisis ini berlaku, kata agensi tersebut.

Pesuruhjaya Jeneral UNRWA, Philippe Lazzarini memberi amaran pada Jumaat bahawa sekatan Israel akan membunuh secara senyap lebih ramai kanak-kanak dan wanita selain yang terbunuh akibat pengeboman.

Sekatan Israel, yang bermula pada awal Mac, telah menutup semua pintu masuk ke Gaza, menyekat kemasukan makanan, bantuan perubatan dan barangan, menyebabkan kemerosotan mendadak dalam keadaan kemanusiaan, menurut laporan kerajaan, hak asasi manusia dan antarabangsa.

Menurut wartawan Anadolu, Pengarah Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail Al-Thawabta, memberitahu agensi mereka pada Khamis bahawa wilayah itu telah memasuki tahap kebuluran yang kritikal disebabkan penutupan sempadan yang berterusan sejak 2 Mac dan serangan ketenteraan Israel yang diperbaharui.

Lebih daripada 90 peratus penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal, dengan ramai antara mereka dipindahkan berulang kali. Mereka kini hidup dalam tempat perlindungan yang sesak atau terpaksa berlindung di kawasan terbuka, menjadikan mereka terdedah kepada cuaca buruk dan mempercepatkan penularan penyakit serta wabak.

Sejak Oktober 2023, lebih 52,500 rakyat Palestin telah terkorban dalam serangan ganas oleh Israel, dengan majoriti mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Selain itu, Israel turut berdepan dengan perbicaraan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung tindakan ketenteraannya di wilayah tersebut.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit