STR, SARA jadi ‘talian hayat’ penoreh ketika musim hujan

SIK – Musim tengkujuh bukan sahaja membawa hujan berpanjangan, malah turut ‘menghanyutkan’ sumber rezeki ribuan keluarga luar bandar, khususnya penoreh getah yang bergantung sepenuhnya kepada hasil bumi.

Bagi Siti Zaleha Harun, 41, dari Kampung Dusun, di sini, hujan hampir setiap hari kebelakangan ini menutup peluangnya menoreh getah – satu-satunya punca pendapatan untuk membesarkan enam orang anak.

“Dua minggu ini asyik hujan… langsung tak boleh keluar menoreh. Hasil pun tak ada. Sedangkan saya perlu beli barang dapur dan uruskan sekolah anak-anak,” katanya.

Lebih mencabar, wanita cekal itu turut menjaga suaminya yang lumpuh separuh badan sejak beberapa tahun lalu, menjadikan kehidupannya ibarat ‘kais pagi makan pagi’.

Namun, keperitan itu sedikit terubat apabila bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan tepat pada masanya.

Menurut Siti Zaleha, bantuan itu amat membantu terutama untuk menampung perbelanjaan harian, membeli keperluan dapur, barangan persekolahan anak-anak serta lampin pakai buang suaminya.

“Suami baru-baru ini dimasukkan ke hospital. Duit STR itulah saya guna beli lampin pakai buang dia. Kalau harap duit menoreh saja, memang tak cukup.

“Saya harap kerajaan dapat tingkatkan jumlah bantuan, sebab ramai yang betul-betul susah macam kami,” katanya.

Sementara itu, bagi Mohd Zahir Md Aris, 45, dari Kampung Charuk Tok Pong, musim hujan juga membawa cabaran sama buat dirinya yang mempunyai empat anak masih bersekolah.

“Menoreh memang tak tentu… kalau musim hujan begini, langsung tak dapat hasil. Mujur isteri ada ambil upah jaga budak. Bila dapat bantuan STR dan SARA, kurang sikit beban dapur,” katanya.

Bagi Fasa Dua tahun ini, bermula 24 Mac, kerajaan menyalurkan RM1.7 bilion menerusi pembayaran STR, berbanding RM1.5 bilion pada tahun lalu, memanfaatkan hampir sembilan juta rakyat dewasa dengan jumlah bantuan sehingga RM650.

SARA pula disalurkan terus ke MyKad penerima sebagai inisiatif Kerajaan MADANI untuk membantu kos sara hidup golongan B40.

Bermula 1 April lepas, program itu diperluaskan kepada 5.4 juta penerima dengan kadar bantuan bulanan dinaikkan sehingga RM200 mengikut kategori.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM