Mohd Azmawi sedia bagi khidmat 200 peratus jika menang

GUA MUSANG – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bertekad memberikan 200 peratus khidmat masyarakat kepada rakyat Nenggiri.

Mohd Azmawi Fikri, 38, berkata, komitmen itu akan diberikan demi menjaga kebajikan kepada semua penduduk di kawasan itu.

Katanya, perjuangan beliau dalam PRK ini adalah demi membawa medan perubahan untuk rakyat dan kawasan Nenggiri.

“Justeru, saya mahu memberikan 200 peratus khidmat kepada penduduk di Nenggiri dan berharap mereka memberi peluang kepada saya.

“Saya akan berusaha dan melakukan yang terbaik, selain akan membawa suara rakyat kepada kepemimpinan Kerajaan Pusat sekiranya diberi peluang menjadi wakil rakyat,” katanya.

Beliau merayu pengundi di kawasan itu membuat pilihan tepat pada 17 Ogos ini, demi masa hadapan DUN berkenaan.

“Saya harap pengundi dapat membuat penilaian hasil daripada kepemimpinan kerajaan pada hari ini, selain melihat usahanya ketika berkempen.

“Insya-Allah… saya akan konsisten dengan cara kerja ini sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

“Saya tidak mahu berjanji lebih-lebih tetapi akan cuba berusaha membuat perubahan di kawasan ini,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan.

Mohd Azmawi berkata, gerak kerja akar umbinya juga akan sentiasa dipastikan dapat memberi bantuan sewajarnya kepada masyarakat.

Related Posts

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik

PENDEKATAN bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang menubuhkan Parti Bersama Malaysia (Bersama) dilihat mempunyai unsur kekecewaan yang mendalam dan sikap mudah mengaku kalah setiap kali berhadapan tekanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman