‘Kerajaan Kelantan jadikan Gua Musang mesin ATM dapatkan dana tauke balak’

GUA MUSANG – Kerajaan Negeri Kelantan hanya menjadikan Gua Musang khususnya Nenggiri sebagai mesin ATM untuk mendapatkan dana daripada tauke pembalakan tanpa memberi manfaat kepada rakyat.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Syahbuddin Hashim berkata, setakat ini pihaknya turut mengesan sebanyak kira-kira 54 kelulusan baharu penerokaan hutan atas pelbagai maksud turut dilakukan sejak 2022.

Katanya, daripada kelulusan itu ianya melibatkan sebanyak 33,000 ekar kawasan hutan seperti Ladang Hutan, Pengkayaan Hutan, dan Lombong melibatkan kawasan Gua Musang yang kebanyakan dilakukan di kawasan Ulu Nenggiri.

“Di saat Pas Kelantan atau kerajaan negeri mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang telus dan adil, rakyat di bawah terutama di Nenggiri bergelut masih lagi bergelut sekian lama untuk dapatkan geran milik tanah mereka.

“Kerajaan Pas Kelantan dalam diam-diam telah memberikan pelbagai konsesi penerokaan hutan kepada banyak syarikat termasuk ia jatuh kepada syarikat bukan Bumiputera melalui pelbagai kaedah oleh pihak penerima pertama.

“Terdapat beberapa kelulusan penerokaan hutan ini di bawah yang kebanyakan terlibat dalam pengeluaran balak dari hutan Nenggiri amat mencurigakan, di sebalik pendirian kerajaan negeri kononnya menjaga hak rakyat,” katanya pada sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan BN Gua Musang, di sini, hari ini.

Katanya, melalui maklumat yang diperolehi di Laman Web Jabatan Alam Sekitar, salah satu dari pemberian Projek Ladang Hutan adalah kepada sebuah syarikat yang tidak sampai setahun diwujudkan dan syarikat tersebut bukan milik anak Kelantan malah ia syarikat bukan Bumiputera bukan Kelantan.

“Kami, menuntut penjelasan dari Kerajaan Pas Kelantan untuk berterus-terang dengan rakyat Nenggiri berapakah kelulusan sebenar yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk meneroka Tanah Hutan di Hulu Nenggiri?” soalnya.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman