Siasatan SPRM ke atas Ismail Sabri capai tahap 15 hingga 20 peratus – Azam Baki

PROSES siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mencapai tahap antara, 15 hingga 20 peratus.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sambungan siasatan ke atas Ismail Sabri disambung oleh pegawai penyiasat suruhanjaya itu dalam tempoh dua minggu lagi.

“Kita akan memanggilnya dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi kerana ada beberapa dokumen kita minta beliau sediakan dan kes ini masih lagi berjalan.

“Kalau ditanya (status) siasatan, ia lebih kurang sekitar 15 ke 20 peratus. Pertama, untuk mengisytiharkan harta itu satu hal, yang kedua dan penting bagi kami memastikan apakah yang diisytiharkan itu benar atau tidak.

“Menjadi satu kesalahan sekiranya pengisytiharan itu sesuatu yang tidak benar atau tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara: Recalling Jakarta Statement 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri sudah tujuh kali dipanggil SPRM, dengan kali terakhir pada Khamis lalu.

Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes ini, disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 3 Mac lalu, Azam memaklumkan, Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram (kg) jongkong emas di dalam sebuah “safe house” hasil serbuan SPRM.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan