ADUN Sungai Udang biadab, pertikai lagu Negaraku dimainkan

SENSITIF sangat ke dengan lagu Negaraku?
Mana semangat patriotik dan cintakan negara?

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr. Mohd Aleef Yusof yang mempertikai lagu Negaraku dimainkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka baru-baru ini adalah biadab dan perlu dikenakan tindakan tegas mengikut peraturan Sidang DUN Melaka. Beliau seolah-olah tidak menunjukkan rasa hormat dan cintakan negara.

Sebagai rakyat Malaysia, menjadi kewajipan serta tanggungjawab kita untuk menghormati lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan dan bukti semangat cintakan negara dalam diri lebih-lebih lagi ia dipasang di majlis rasmi.

Menurut ADUN dari Bersatu ini, memainkan lagu Negaraku semasa persidangan DUN bermula bukan satu kebiasaan (unusual) dan tetap terus mempertahankan tindakan biadabnya itu.

Susulan daripada itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ibrahim Durum membidas kenyataan tersebut dengan menjelaskan tentang amalan menyanyikan lagu Negaraku dalam Kerajaan Negeri Melaka yang dilaksanakan setiap Isnin jam 10 pagi.

Rata-rata rakyat negeri Melaka tidak bersetuju dengan tindakan ADUN Sungai Udang itu dan mahu tindakan lebih tegas diambil terhadap mana-mana ADUN yang mempertikai dan melanggar prinsip dalam Rukun Negara.

Di negara ini, individu yang tidak menghormati dan enggan berdiri tegak ketika lagu Negaraku berkumandang boleh dihukum penjara sehingga sebulan dan denda RM100 di bawah Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Hakikat sebenar ADUN Sungai Udang hanya mengejar populariti sahaja dengan bertindak biadab dan membuat provokasi. Beliau yang mempertikai alunan lagu Negaraku ketika sidang DUN berjalan kini terperangkap dan malu atas perbuatan sendiri.

Related Posts

‘Terus kerja’ – Dua pesan PMX yang terkesan di hati

Oleh: Marhamah Rosli ULASAN | Dua perkataan yang saya belajar daripada Yang Amat Berhormat (YAB) PMX: ‘Terus kerja’. Ketika gambar ini sampai kepada saya, saya baru tiba dari Penang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akmal Saleh: Harimau Pulau Pinang, kucing Alor Setar?

JALUR GEMILANG bukan kain buruk, bukan corak baju dan bukan aksesori untuk bergambar. Malah bukan lambang yang boleh digunakan sesuka hati tanpa mengambil kira spesifikasinya. Sebab itu apabila pakaian Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar