Sarawak terus optimum peluang ekonomi – Abang Johari

KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Kerajaan Sarawak terus bersedia mengeratkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi kemakmuran pembangunan negara.

“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian Sarawak dan melihat masa hadapan yang cerah,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Jamuan Teh Jabatan Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, lapor Bernama.

Abang Johari sangat optimis dan mahu Sarawak mengoptimumkan pelbagai peluang ekonomi baharu seperti penubuhan hab industri ekonomi baharu.

“Kita juga turut berhasrat membuka fakulti aeroangkasa di Kolej Universiti ICATS dengan sokongan pensyarah dari Univerisiti Teknologi Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat,” ujar Abang Johari.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Sarawak juga turur berbincang dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tentang aeroangkasa.

Abang Johari juga berharap usaha ini dapat membantu mempelbagaikan ekonomi Sarawak dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk generasi muda.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat