Penguat kuasa roboh pusat pelancongan haram di Cameron Highlands

KUANTAN – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mengambil tindakan meroboh pusat pelancongan yang dibina secara haram di Cameron Highlands, semalam.

MDCH dalam kenyataan melalui Facebooknya menjelaskan, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan mengikut Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan dan Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Menurut kenyataan itu, operasi bermula jam 9 sehingga 11.30 pagi diketuai Yang Dipertua MDCH, Azmil Hadid Maznan.

“Operasi turut disertai kakitangan MDCH, jabatan dan agensi daerah termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands dan Tenaga Nasional Berhad.

“Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands ditugaskan untuk kawalan keselamatan sepanjang operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan,” jelas MDCH.

Katanya, tindakan penguatkuasaan itu sebagai peringatan kepada semua pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan supaya mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat