Belum masa sesuai bincang soal kerusi – Noraini

JOHOR BAHRU – Wanita UMNO menyeru agar semua pihak bertenang dan memberikan ruang mengenai pemilihan calon parti yang wajar dipilih bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ketika ini.

Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Noraini Ahmad berkata, dalam tempoh bersedih, semua pihak seharusnya menghormati sensitiviti setiap individu khususnya perasaan ahli keluarga Allahyarham.

“Wanita UMNO menginsafi pemergian Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini dan mengucapkan takziah yang kepada keluarga dan rakyat bagi kawasan DUN Mahkota.

“Dalam tempoh berdukacita ini, Wanita UMNO menyeru semua pihak agar mengambil pendekatan yang sensitif serta memberi ruang kepada mereka yang sedang berduka atas pemergian ADUN Mahkota.

“Maka, Wanita UMNO berpendirian bahawa adalah lebih sesuai untuk menahan diri dari membincangkan isu berkaitan kerusi DUN Mahkota,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, adalah lebih tepat sekiranya soal calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan kerusi DUN berkenaan dibincangkan melalui Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan pihak pengurusan tertinggi parti.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat