Taman rekreasi awam Kuching bakal dinaik taraf

KUCHING – Seramai 2,329 peserta menyertai program senaman Zumba yang bertempat di Padang Sukan Jubilee, Kuching, semalam.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, beliau menggalakkan budaya hidup sihat dikalangan rakyat Sarawak.

“GPS akan menaiktarafkan fasiliti taman rekreasi awam yang sedia ada di Kuching,” katanya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak itu juga berharap, dengan pelaksanaan itu dapat mengalakkan orang ramai di bandar tersebut agar sentiasa bergiat aktif dan cerdas.

Untuk makluman, program Kuching Zumba Fiesta merupakan aktiviti kecergasan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) semenjak 2015.

Program yang selari dengan matlamat SDG 8 ‘work-life balance’ ini sentiasa mendapat sambutan dari tahun pertama ia diadakan. Penyertaan dibuka secara percuma dan turut disertai oleh pelbagai jenis bangsa tanpa mengira peringkat umur.

Turut hadir pada majlis berkenaan Pengerusi MBKS Dato Wee Hong Seng dan Kaunselor MBKS Judy Kho.

OPPO juga antara syarikat yang turut menyumbang untuk acara hadiah cabutan bertuah.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan