Intervensi awal JPNS beri hasil, jumlah ketidakhadiran calon SPM Sabah menurun

KOTA KINABALU – Pendekatan intervensi awal yang dilaksanakan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berjaya mengurangkan jumlah pelajar yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dengan penurunan kepada 905 calon berbanding 984 calon pada tahun 2023.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, JPNS giat melaksanakan intervensi awal bermula dari Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi mengenal pasti pelajar berisiko tinggi tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, inisiatif itu diambil sebagai langkah proaktif untuk mengurangkan jumlah calon yang tidak hadir semasa peperiksaan utama tersebut.

“Kita tidak tunggu pelajar sampai ke Tingkatan 5, sebaliknya kita mula dari awal mengenal pasti latar belakang murid yang berisiko supaya mereka tidak tercicir dan akhirnya menamatkan 11 tahun pendidikan mereka.

“Saya sering tekankan bahawa sekiranya kita ada 40,000 murid yang mendaftar Tahun 1, maka selepas 11 tahun, kita mahu jumlah yang sama tamat sehingga SPM, kecuali yang berpindah atau meninggal dunia,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena pengumuman analisis keputusan SPM 2024 di Wisma Pendidikan, pada Khamis.

Ketika ditanya faktor ketidakhadiran pelajar dalam peperiksaan SPM, jelas beliau, kebanyakannya berpunca daripada faktor keluarga, seperti keperluan untuk bekerja menyara keluarga serta masalah peribadi lain yang kompleks.

“Kita agak sedih juga dan simpati kerana kebanyakan mereka adalah kumpulan B40,” katanya.

Raisin menjelaskan bahawa pelajar yang terbabit datang tidak kira sama ada dari kawasan bandar mahupun luar bandar.

Menurutnya, walaupun faktor ini sukar dielakkan sepenuhnya, pelbagai usaha tetap dilakukan termasuk menghantar bahan pembelajaran ke rumah pelajar dan memujuk mereka kembali ke sekolah.

“Tahun lalu, walaupun kita mengetahui calon itu telah bekerja tetapi sekolah telah mengambil inisiatif untuk menghantar soalan peperiksaan penggal kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah,” katanya.

Katanya lagi, guru berjaya memujuk mereka untuk hadir ke dewan peperiksaan, agar mereka tetap memperoleh sijil walaupun berdepan pelbagai kesulitan.

“Saya juga telah mengadakan usaha tahun ini dan tahun lepas menghantar setiap hari risalah kepada keluarga untuk memaklumkan jadual peperiksaan dan memaklumkan para ibu bapa serta calon-calon sekolah tentang jadual peperiksaan.

“Saya yakin ini juga adalah satu faktor yang dapat mengurangkan jumlah calon yang tidak hadir peperiksaan tahun lepas,” ujar beliau.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok