595 calon SPM Pahang dapat keputusan cemerlang

KUANTAN – Seramai 595 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 517 calon tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Ahmad Zamri Md Isa berkata, daripada 595 calon cemerlang, empat orang calon memperoleh keputusan paling cemerlang semua A+.

Manakala seramai 6,513 calon (38.44%) memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E semua mata pelajaran diduduki pada tahun 2024 berbanding 6,374 calon (37.98%) pada 2023.

“Angka ini menunjukkan peningkatan 139 calon (0.46%) berbanding tahun 2023,” katanya dalam sidang pengumuman keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 negeri Pahang di ibu pejabat JPN Pahang, di sini hari ini.

Ahmad Zamri berkata, seramai 16,262 calon (95.99%) daripada 17,285 calon berdaftar bagi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) layak menerima sijil SPM pada tahun 2024 di Pahang berbanding 15,918 calon (94.85%) pada tahun 2023.

Beliau turut memaklumkan penurunan jumlah calon tidak hadir bagi tahun 2024 iaitu seramai 343 calon berbanding 468 calon tahun sebelumnya.

Ahmad Zamri menjelaskan, ia hasil intervensi berterusan sepanjang tahun dijalankan pihaknya bagi meningkatkan kesedaran calon mengenai kepentingan menduduki peperiksaan utama itu.

Dalam pada itu, seramai 12 orang Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) daripada 84 calon dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 5A-.

Related Posts

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

SARATOK – Tindakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadikan aktiviti penjualan loteri awam haram sebagai sumber pendapatan tambahan membawa padah apabila dia ditahan polis pada Ahad. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

KOTA BELUD – Sebuah ekskavator dan sebuah lori disita dalam satu operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengorekan serta pengambilan pasir darat secara haram di Kampung Pintasan, di sini pada 5 Mac…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram